Followers

Thursday, April 1, 2010

Kursus Kepimpinan 2010

Masuk Form 5 tentunya ramai yang memegang jawatan.

Jadi Ketua asrama,Ketua Umum dan lain-lain lagi.

Atas dasar-dasar jawatan ini.

Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan untuk pelajar-pelajar yang berjawatan.

Semua moderator blog ini telah terlibat.

Sebahagian kami berjawatan di sekolah dan sebahagian di asrama.



Sangat seronok kursus ini.

Walaupun pada mulanya kami agak keletihan kerana baru pulang dari PWTC dan juga baru balik dari sesi persekolahan.

Memang tiada rehat langsung.

Tapi itu tidak mematahkan semangat untuk menjadi pemimpin yang lebih bertauliah.



Kursus ini telah diadakan dari 26-28 Mac 2010



26 Mac -

Pada hari ini kami kurang mengadakan aktiviti.mungkin sebab kursus ini baru bermula.Just kami diagihkan kepada beberapa kumpulan.Dan setiap seorang diberi amanah memegang 1 lingkaran ubat nyamuk.Kami dikehendaki menjaganya dari awal kursus hingga akhir.

Malam pula kami diberi kuliah maghrib oleh Ustaz Asyraf iaitu Imam Besar Kuala Selangor.Terima kasih kerana telah banyak membimbing kami



27 Mac -

Hari ini yang sangat memenatkan.Sangat banyak aktiviti lebih-lebih yang memerlukan kerjasama dari kumpulan.Daripada aktiviti ini dapat disimpulkan menjadi pemimpin haruslah bekerjasama dengan anak buahnya.Antara aktiviti-aktiviti itu ialah Highway puzzle dan lain-lain lagi (Sori!Banyak sangat dah lupa).Malam pula muhasabah diri.Kami telah dikumpulkan disebelah dewan dalam keadaan gelap dan tertutup mata sambil berzikir.Kemudian kami telah dibawa ke dalam dewan yang gelap.Sebelum kami dibenarkan membuka mata,kami telah mendengar satu suara dari alam kubur.Kemudian ustaz menyuruh kami membuka mata.Dan apa yang kami nampak di depan kami ialah batu nisan.Selepas itu ustaz memasang video-video.Keseluruhannya kami berasa program ini menyedarkan kami.

28 Mac -

Hari terakhir program.Hari ini kami hanyalah diberi sedikit ceramah dan juga penutupan majlis.Majlis berakhir dengan pengambilan sijil dan juga sesi fotografi.

p/s : Semoga apa yang dapat kita pelajari dari kursus kepimpinan ini dapat kita amalkan.

Posted by : Atiqah Hamid

PWTC

25 March 2010-Khamis

Dah lama tak update blog!
Sori!Seriously kami agak busy kebelakangan ini.
Banyak sangat aktiviti yang perlu dilakukan.
Untuk membuang segala tekanan kami menghadapi SPM
Kami telah mengadakan lawatan ke PWTC yang baru saja tamat beberapa hari yang lalu!
Lawatan ini diketuai oleh Aiman Wong @ Prince Aiman iaitu salah satu moderator blog ni.

8 a.m - Taklimat
9 a.m - Gerak ke PWTC
11 a.m - Sampai ke PWTC.Disebabkan kelewatan kami mendengar taklimat.Kami hanya diberi masa 2 jam sahaja.Ramai sangat yang datang ke sana.Terutama budak-budak sekolah yang mengambil kesempatan untuk memborong buku-buku yang dijual murah
1 p.m - Shopping buku tamat~gerak ke Muzium Negara.
3 p.m - Gerak ke Plaza Alam Sentral (PAS)
4 p.m - sampai..shopping time~
6.35 p.m - Balik~

Disebabkan pemandu bas tu ingin pergi ke langkawi.Oleh itu kami terpaksa la juga balik awal.
Best!!!Tapi sekejap sangat!Tak apa!Ade rezeki kite hang out sama-sama lain kali
Aku ngan Aten Jeyda rancang nak hang out kat Times square lepas SPM.
So kalau ada sesiapa nak join.MAI LAAAA!!!!!

Posted by : Atiqah Hamid