Followers

Sunday, August 28, 2011

saat terakhir ramdhan...

asslammualaikum wat teman2 ku yang drindui....lame x dgr kabor an...tup tup tup...dh pose....insyaallah lg 1 ari kite nk brye.tol x?...jd sblm berakhirnya bln yg pnuh dgn krahmatan ni pe kte kite same2 fkr kmbli adkh ckup amaln kite spnjg bln rmdhan ni...aq sndri un lom tntu ckup...


Alhamdulillah, kita telah pun masuk ke fasa terakhir Ramadhan iaitu fasa yang telah Allah janjikan api neraka akan dijauhkan dan Insya-Allah, antara malam-malam kesepuluh ini kita bakal atau telahpun bertemu dengan malam Lailatul-Qadar, sebuah malam yang teramat istimewa, malam yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan, malam yang dinanti-nantikan oleh hamba-hamba-Nya yang beriman.

Untuk membangkitkan semangat memeriahkan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.
Renung-renung dan fikir-fikirkan kembali sedalam-dalamnya. Jika kita mati pada hari ini, adakah kita pasti amalan kita cukup untuk melepaskan diri kita daripada azab Allah yang PASTI di Akhirat sana iaitu azab Neraka yang amat pedih dan seksa.
Marilah kita duduk bertafakur dan renungkan kembali, bagaimana agaknya kedudukan kita di sisi Allah Yang Maha Esa?



Jom buat check lists amal ibadah kita!

1) Solat Fardhu : Lengkapkah segala-galanya?

First of all, adakah sudah cukup lengkap solat fardhu kita lima waktu setiap hari?

Kalau dah lengkap semak perkara-perkara lain pula yang berkait rapat dengan solat fardhu ini.
Adakah kita tunaikannya diawal waktu ataupun kita lengah-lengahkannya hingga ke akhir-akhir waktu?
Berjemaah kah kita sekiranya mempunyai peluang untuk berbuat demikian? Khusyukkah solat kita atau masih banyak perkara lain yang kerap bermain dikepala ketika menghadap-Nya?
Sedarkah kita bahawa, mereka yang dekat di sisi Allah dan dijanjikan Syurga adalah mereka yang pertama sekali menjaga amalan solat fardhu mereka?
Yang dimaksudkan dengan 'menjaga' solat fardhu ini bukanlah bermakna melakukannya sahaja tetapi ia juga kerap ditunaikan di awal waktu dan secara berjemaah.
Mereka yang beriman akan sentiasa menunggu-nunggu solat fardhu ini bagaikan menunggu detik untuk bertemu kekasih. Mereka solat dengan penuh khusyuk, seolah-olah mereka sedang berkomunikasi dengan Yang Maha Pencipta.

2) Membaca al-Quran : Syafaat yang pasti!

Al-Quran? Sedihnya terdapat generasi muda zaman sekarang yang mengaku Islam tetapi tidak tahu membaca al-Quran. Lebih sedih lagi ada yang mengaku tidak pernah buka dan pegang al-Quran! Salah siapa kah jika perkara ini terjadi?

Maka kita yang reti serba sedikit tajwid dan cara untuk membaca al-Quran ini harus bersyukur kerana Allah telah memberi nikmat kepada kita iaitu nikmat berupa al-Quran, syafaat yang pasti untuk kita di akhirat kelak!

Mari kita semak, sudah banyak mana kita baca al-Quran sepanjang Ramadhan ini? Jika sudah khatam alhamdulillah. Syukur. Tetapi boleh tak sekiranya kita teruskan amalan membaca al-Quran ini dimasa-masa akan datang? Semuanya bergantung pada hati.. sucikanlah hati.
Insya-Allah hati yang suci mudah untuk mendengar dan menyebut kalimah-kalimah Allah walau dimana dan bila-bila masa pun kita berada.

Dan sekiranya kita membaca al-Quran, adalah lebih baik jika kita baca sekali terjemahan-Nya agar kita lebih memahami maksud ayat-ayat yang di baca. Bukan kah itu lebih afdhal?

3) Bersedekah: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. 

Bayangkan sebuah situasi yang begini:

Anda dan ahli keluarga anda sedang menjamu selera disebuah warung selepas menunaikan solat terawih di sebuah masjid berdekatan dengan kawasan perumahan anda.

Oleh kerana anda dan ahli keluarga cuma berbuka kurma dan air sebelum berterawih tadi, anda pun memesan segala macam jenis lauk pauk. Tomyam, udang sambal, sotong goreng tepung, ikan siakap tiga rasa dan banyak lagi.

Tiba-tiba sedang anda menjamu selera dengan penuh nikmat, seorang kanak-kanak lelaki datang dengan pakaian yang kusut masai membawa secawan plastik yang berisi duit kertas rm1 dan beberapa sen duit syiling.
Tujuan kanak-kanak itu datang ke meja anda adalah untuk meminta derma.
Ketika itu ada yang pasti berfikiran : Ah ini semua sindiket.. buat apa bagi?
Ada juga yang mungkin memberi ceramah perdana free kepada kanak-kanak itu.
Kan mudah jika kita hulurkan sahaja derma kepada dia? Samada sindiket atau tidak itu adalah urusan mereka yang bertanggungjawab dengan Allah S.W.T. Jangan kita berlagak sombong menduga manusia lain begini dan begitu.
Bagaimana jika kanak-kanak terbabit cuma jelmaan malaikat yang ditugaskan untuk menduga anda? Bil makanan anda mungkin mencecah ratusan ringgit. Apa salahnya menderma sedikit untuk mereka yang memerlukan?
Bila bulan Ramadhan juga ada banyak pihak yang tiba-tiba menjadi prihatin kepada nasib anak-anak yatim dan orang-orang kurang berkemampuan. Baguslah, alhamdulillah.
Tetapi yang tidak berapa bestnya apabila sumbangan derma kita yang mencecah puluhan ribu ringgit itu diwar-warkan di dalam TV1, TV2, TV3, TV9, TV7, TV HIJRAH, ASTRO dan segala macam saluran media. Popularitikah dicari atau keberkatan ilahi?
Ok. Cukuplah 4 dulu check lists kita untuk kali ini. Sedangkan sebenarnya masih banyak lagi amalan-amalan yang kita perlu semak samada cukup atau tidak, lengkap atau kurang lengkap, semuanya perlu kita muhasabahkan lagi.
Jadi macam mana amalan-amalan kita? Sudah elokkah semuanya? Lengkapkah persiapan kita menghadap Ilahi? Ataupun persiapan raya lebih lengkap?
Akhirat itu benar..
Syurga itu benar...
Dan Neraka itu benar...
Marilah kita sama-sama mengambil peluang sepuluh malam terakhir Ramadhan ini, MALAM YANG DIJANJIKAN BAGI SESIAPA YANG MENGHIDUPKANNYA UNTUK DIJAUHKAN DARI AZAB NERAKA INI untuk berdoa, dan memohon keampunan daripada Allah.
Marilah sama-sama kita mohon supaya diri kita dan keluarga kita, sahabat-sahabat kita, semua muslimin
muslimat dijauhkan dari azab api neraka dan dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

p/s : lastly aq nk ucapkn :
            SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN &
            SELAMAT HARI RAYA
       rndu  sgt3 kt kog sume....semoga mju jaya yeww sume...

-ayuz-
       


lusa dah RAYA :D

salam :)
hyeeeeeeeeeeeeeeeee!


okay since semua dah macam nak active mengupdate balik blog ni kan,mestilah aku nak jugak.haha.even aku pun tak tau nak post ape wehhh.


tapi tu tak penting kan. yang penting sekarang ni,bulan ramadhan dah nak tinggalkan kita and for sure syawal pula menantikan.so,soalan biasa la,baju raya korang warna apa pulak tahun ni?beraya kat mana?errrr berapa ringgit duit raya korang prepare untuk aku kali ni?heheh

then,nak pulak cerita pasal aktiviti wajib rakan-rakan di tanjung sana tu.kalau nak cerita pasal ni memang aku emoshit sikit laaa.touching kottt hahah.BARAAN korang buat bila?aku dengar raya ke 4.best la korang kan dapat raya rumah kawan-kawan plus cikgu-cikgu.aku ni call dari jauh dengar je lah korang gelak-gelak happy-happy kan (gila touching ayat aku)hahahaha

nvm lahh.asal korang happy aku pun happy jugak.tak de rezeki lagi la tahun ni nak beraya ngan korang.kita kan jauh di mata dekat di hati.sooooo apa ada hal kan.cehhh.tapi korang make sure tahun ni tak nak lah macam tahun-tahun lepas.ada yang accident lah bagai.jaga diri elok-elok lahh ye.


sebelum menutup langsir post ni,aku nak mintak maaf la atas semua yang pernah aku buat tercalarkan hati korang.cececeh.dari hjung rambut sampai hujung kaki.sori la,awak tak pandai nak bermadah-madah.haha.lastly,selamat hari raya aidilfitri minal aidin wal faizin wal maqbulin.

kbai

-nfz-

Thursday, August 25, 2011

Ini Cerita Saya Part 2

Assalamualaikum.....

Tarikh : 23/08/2011
Masa : 3.04 pm
Tempat : Makmal Komputer 1,UITM Melaka

Aku kat sini lagiiiii...Update new entry!Nampak tak blog ni makin lama makin aktif dengan adanya aku...
(Maaf..Maaf..Aku dah buat blog ni,macam blog aku).

Fine..Aku boring hari ni dekat LAB....Tak tau nak buat ape.(Padahal Miss suruh buat assigemnt :P)

Aku nak sambung entry aku yang lepas.ENTRY kali ni tak mo emo..emo!
Harini punya entry,kita chill.Takde nak mengamuk sana sini..Hempas-hempas buku.

Kalau Entry lepas aku cerita pasal kisah duka aku kat sini.Apa yang tak best kat sini.
Sekarang,aku nak cerita benda yang SYIOK kat UITM Melaka ni.

1- FASHION time :

Kalau dulu pergi sekolah.Kena pakai baju sekolah.Tiap-tiap pagi kena gosok baju sekolah dengan mata mengantuk-ngantuk.Warna yang sama je hari-hari.Boring kan???

Sekarang,dah tak payah.Pakailah baju apa yang korang nak.Korang nak ikut fesyen macam Yuna,macam Hana Tajima ...Yang laki lak,nak ikut gaya Aaron Aziz,Fahrin Ahmad..Boleh sume tu U oolls.TAPI....

Ade tapinya,kenalah ikut sahsiah diri.Pakai yang beradab.Kalau tak pak guard,amik nama korang masuk tata tertib tau.

2- Jadual Kelas :

Fuh!Aku sangat suka dengan jadual kelas aku.Dulu kalau kat sekolah,pagi-pagi kena bangun.Paling lambat pun pukul 7 pagi.Kalau dah lambat,memang kelam kabut aku nak pergi sekolah.

Sekarang..Laa..Pukul 8 pagi baru..Chill..Chill..Kita landing-landing dulu.Sempat lagi nak make up.
Tiap hari Isnin dengan Selasa.Memang jadual aku padat.Kelas dari pagi sampai malam.Tapi syoknye,Rabu NO CLASS.Khamis dengan Jumaat pun kelas tinggal 1 ke 2 kelas je.

3- Cuti :

Cuti aku memang melebih-lebih.Macam cuti raya ni,aku dapat balik awal daripada biasa.
Sekolah dulu mana nak dapat cuti awal,lain lah cuti buat sendiri kan?kan?kan?

Tapi cuti ni,depends kelas dengan lecturer gak.Kalau lecturer baik hati nak cancel kelas,nak replace kan kelas awal-awal dapat la balik awal.Kalau tak,memang balik lambat le jawabnye.

4-Senior

Senior ataupun roomate aku,memang take care gila junior macam aku.Senior aku semua Mascommers...Ataupun dak meskom.Kalau korang nak tau dak-dak meskom ni kebanyakkannya fofular..Nak-nak pulak senior aku ni majlis tertinggi (MT) kolej.MT ni macam kalau kat sekolah dulu panggil EXCO la.

Nak tips kecantikan ke kesihatan ke ape ke,tanya je dorang.Petik jari je la,diorang boleh jawab semua tu.

5-Ronda-ronda

Kalau dulu,aku nak pergi hang out kat luar dengan memberr kat bandar memang susah gila.Biaselah mak aku memang fobia sikit kalau bangla-bangla ngan mamat indon yang selalu jadi penumpang tetap bas

Tapi,sekarang ni shopping complex kat bandar Melaka tu dah macam kedai runcit dah.Sebab dah selalu pergi....Hang out ramai-ramai dengan member.Tapi SALE dekat sana,memang terbaik.Korang boleh dapat barang branded dengan harga murah.Silalah datang Bandar Melaka,kalau nak shopping raya.



Banyak lagi..Tapi aku maleh nak update banyak-banyak.Bulan puasa ni baik aku banyakkan amal jariah.,kan?kan?kan?

Alang-alang raya dah nak dekat ni.Saya,Atiqah Binti Abdol Hamid nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selama aku kawan dengan korang,kalau ada terkasar bahasa,tersalah laku ke.Harap dapat dimaafi..Boleh kan?Boleh kan?



P/s : Sila ignore tarikh di atas tu..Aku dah lama buat,tapi baru hari ni entry ni siap dan boleh post :)


Saturday, August 20, 2011

Ini Cerita saya Part 1

Dengan lafaz Bismillah...

Assalamualaikum..

First sekali,aku mohon maaf sebab blog ni dah lama terbiar.

Lama rasanya aku dah tak bukak blog ni.Wujud lagi rupanya blog ni...Hahaha!FINE...Blog aku pun dah makin sepi,apa lagi blog ni.Sampai aku dah lupa email dengan password.

Aiman Wong dah update.Meyh aku nak share story dengan korang,experience aku kat UITM London aka Lendu,Melaka.

First impression korang,bila budak-budak sekolah dah masuk U.Mesti akan kata camni "Untunglah,dapat masuk U...Kitorang ni still kat sekolah je,matrik je"

Aku nak menguatkan yang korang tak payahlah nak rasa kitorang ni beruntung sangat.Tapi aku rasa korang yang masih belajar kat sekolah samada yang amik stam or stpm,LAGI BERUNTUNG....

Kenapa????
Ni yang aku nak share dengan korang ni..Hidup suka duka aku kat sini.

1 - Perasaan :
Kalau orang tanya aku "Best tak kat UITM?"
Aku akan jawab "Best"

Tapi the fact aku rasa something yang lost,buat aku rasa TAK best ada kat sini.Kalau korang nak tau,aku pernah terpasang niat.Kalau aku ada jam masa,aku nak putar balik masa.Aku nak amik STPM kat sekolah Dato' tu je.See,bertapa untungnye korang.



2- Friendship 
Ni yang buat salah satu aku rasa Tak bestnye...
Kat sini memang ramai kawan..Kawan laki,kawan pompuan.

Tapi KAWAN MAKAN KAWAN memang ramai.KAWAN SUKA ADA,KAWAN DUKA TAK ADA lagi ramai...
Memang agak susah nak cari kawan yang sekepala dengan korang.Kawan yang nak bersusah payah dengan korang.
Aku dah pernah rasa,bila buat assigment by group.Aku yang kena setelkan daripada A sampai Z.Dan dia hanya buat muka selamba sambil bergayut kat tepon 24 hours.Wat da selfish,btol.

3- Duit
Duduk U bukan bermakna korang akan jadi budak kaya.Boleh beli tu beli ni.Yang kaya tu kebanyakkan kaya dengan duit PT.
Korang tau tak,duduk kat sini sangat banyak menggunakan DUIT.
Makanan,baju,buku,yuran.....

Duduk rumah kan best,bila duit tak ada "Mak,nak duit"..Hehehe.ok jangan ikut contoh yang aku bagi.Tak elok..Tak Elok...

4-Family
Korang semua tau kan...Aku tak pernah jauh dari family..tau kan?tau kan?
Memang tak best bila jauh dari family.
Bila time Ramadhan ni,lagi banyak aku rindu kat family.

Kalau kat sekolah dulu,hari-hari boleh jumpa family.Makan masakan mak...Salam mak sebelum pergi sekolah.

5-Lecturer
Lecturer bukanlah macam guru-guru kat sekolah.Yang nak bimbing korang dari A sampai Z.Ada lecturer yang macam ni.Tapi sikiit sangat.Kalau ada pun,maybe lecturer yang masih muda-muda lagi.

Korang tau kan aku amik Diploma Perakaunan.Dan konfom-konfom subjek major aku Akaun.
Aku belajar 5 subjek kat sini.Tapi satu subjek ni,memang buat aku rasa macam nak hempas-hempas bukunya kat meja kerana ketenshenan....
Ya..Lecturer aku yang satu ni sangat "TERBAIK"
Aku "sangat" suka dia ngajar....Camne die ajar?Aku tak ley cerita.Nanti jadi mengumpat.Tak elok bulan puasa.Lagipun lecturer aku,tak berkat nanti ilmu yang dia bagi.



Senang cite duduk U ni,memang korang akan berhadapan dengan realiti hidup.
Aku baru beberapa bulan dok kat sini,tapi aku rasa dah banyak pengalaman aku yang dapat...

Cite Duka je???Takkan takde yang suka?
Well,Setiap benda tu ada kebaikan dan keburukannya
Next entry,aku akan ceritakan apa yang bestnyeee duk kat U ni...Check it out laterrr!

Posted by : Iqa Hamid