Followers

Thursday, August 25, 2011

Ini Cerita Saya Part 2

Assalamualaikum.....

Tarikh : 23/08/2011
Masa : 3.04 pm
Tempat : Makmal Komputer 1,UITM Melaka

Aku kat sini lagiiiii...Update new entry!Nampak tak blog ni makin lama makin aktif dengan adanya aku...
(Maaf..Maaf..Aku dah buat blog ni,macam blog aku).

Fine..Aku boring hari ni dekat LAB....Tak tau nak buat ape.(Padahal Miss suruh buat assigemnt :P)

Aku nak sambung entry aku yang lepas.ENTRY kali ni tak mo emo..emo!
Harini punya entry,kita chill.Takde nak mengamuk sana sini..Hempas-hempas buku.

Kalau Entry lepas aku cerita pasal kisah duka aku kat sini.Apa yang tak best kat sini.
Sekarang,aku nak cerita benda yang SYIOK kat UITM Melaka ni.

1- FASHION time :

Kalau dulu pergi sekolah.Kena pakai baju sekolah.Tiap-tiap pagi kena gosok baju sekolah dengan mata mengantuk-ngantuk.Warna yang sama je hari-hari.Boring kan???

Sekarang,dah tak payah.Pakailah baju apa yang korang nak.Korang nak ikut fesyen macam Yuna,macam Hana Tajima ...Yang laki lak,nak ikut gaya Aaron Aziz,Fahrin Ahmad..Boleh sume tu U oolls.TAPI....

Ade tapinya,kenalah ikut sahsiah diri.Pakai yang beradab.Kalau tak pak guard,amik nama korang masuk tata tertib tau.

2- Jadual Kelas :

Fuh!Aku sangat suka dengan jadual kelas aku.Dulu kalau kat sekolah,pagi-pagi kena bangun.Paling lambat pun pukul 7 pagi.Kalau dah lambat,memang kelam kabut aku nak pergi sekolah.

Sekarang..Laa..Pukul 8 pagi baru..Chill..Chill..Kita landing-landing dulu.Sempat lagi nak make up.
Tiap hari Isnin dengan Selasa.Memang jadual aku padat.Kelas dari pagi sampai malam.Tapi syoknye,Rabu NO CLASS.Khamis dengan Jumaat pun kelas tinggal 1 ke 2 kelas je.

3- Cuti :

Cuti aku memang melebih-lebih.Macam cuti raya ni,aku dapat balik awal daripada biasa.
Sekolah dulu mana nak dapat cuti awal,lain lah cuti buat sendiri kan?kan?kan?

Tapi cuti ni,depends kelas dengan lecturer gak.Kalau lecturer baik hati nak cancel kelas,nak replace kan kelas awal-awal dapat la balik awal.Kalau tak,memang balik lambat le jawabnye.

4-Senior

Senior ataupun roomate aku,memang take care gila junior macam aku.Senior aku semua Mascommers...Ataupun dak meskom.Kalau korang nak tau dak-dak meskom ni kebanyakkannya fofular..Nak-nak pulak senior aku ni majlis tertinggi (MT) kolej.MT ni macam kalau kat sekolah dulu panggil EXCO la.

Nak tips kecantikan ke kesihatan ke ape ke,tanya je dorang.Petik jari je la,diorang boleh jawab semua tu.

5-Ronda-ronda

Kalau dulu,aku nak pergi hang out kat luar dengan memberr kat bandar memang susah gila.Biaselah mak aku memang fobia sikit kalau bangla-bangla ngan mamat indon yang selalu jadi penumpang tetap bas

Tapi,sekarang ni shopping complex kat bandar Melaka tu dah macam kedai runcit dah.Sebab dah selalu pergi....Hang out ramai-ramai dengan member.Tapi SALE dekat sana,memang terbaik.Korang boleh dapat barang branded dengan harga murah.Silalah datang Bandar Melaka,kalau nak shopping raya.



Banyak lagi..Tapi aku maleh nak update banyak-banyak.Bulan puasa ni baik aku banyakkan amal jariah.,kan?kan?kan?

Alang-alang raya dah nak dekat ni.Saya,Atiqah Binti Abdol Hamid nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selama aku kawan dengan korang,kalau ada terkasar bahasa,tersalah laku ke.Harap dapat dimaafi..Boleh kan?Boleh kan?



P/s : Sila ignore tarikh di atas tu..Aku dah lama buat,tapi baru hari ni entry ni siap dan boleh post :)


No comments:

Post a Comment