Masuk Form 5 tentunya ramai yang memegang jawatan.
Jadi Ketua asrama,Ketua Umum dan lain-lain lagi.
Atas dasar-dasar jawatan ini.
Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan untuk pelajar-pelajar yang berjawatan.
Semua moderator blog ini telah terlibat.
Sebahagian kami berjawatan di sekolah dan sebahagian di asrama.
Sangat seronok kursus ini.
Walaupun pada mulanya kami agak keletihan kerana baru pulang dari PWTC dan juga baru balik dari sesi persekolahan.
Memang tiada rehat langsung.
Tapi itu tidak mematahkan semangat untuk menjadi pemimpin yang lebih bertauliah.
Kursus ini telah diadakan dari 26-28 Mac 2010
26 Mac -
Pada hari ini kami kurang mengadakan aktiviti.mungkin sebab kursus ini baru bermula.Just kami diagihkan kepada beberapa kumpulan.Dan setiap seorang diberi amanah memegang 1 lingkaran ubat nyamuk.Kami dikehendaki menjaganya dari awal kursus hingga akhir.
Malam pula kami diberi kuliah maghrib oleh Ustaz Asyraf iaitu Imam Besar Kuala Selangor.Terima kasih kerana telah banyak membimbing kami
27 Mac -
Hari ini yang sangat memenatkan.Sangat banyak aktiviti lebih-lebih yang memerlukan kerjasama dari kumpulan.Daripada aktiviti ini dapat disimpulkan menjadi pemimpin haruslah bekerjasama dengan anak buahnya.Antara aktiviti-aktiviti itu ialah Highway puzzle dan lain-lain lagi (Sori!Banyak sangat dah lupa).Malam pula muhasabah diri.Kami telah dikumpulkan disebelah dewan dalam keadaan gelap dan tertutup mata sambil berzikir.Kemudian kami telah dibawa ke dalam dewan yang gelap.Sebelum kami dibenarkan membuka mata,kami telah mendengar satu suara dari alam kubur.Kemudian ustaz menyuruh kami membuka mata.Dan apa yang kami nampak di depan kami ialah batu nisan.Selepas itu ustaz memasang video-video.Keseluruhannya kami berasa program ini menyedarkan kami.
28 Mac -
Hari terakhir program.Hari ini kami hanyalah diberi sedikit ceramah dan juga penutupan majlis.Majlis berakhir dengan pengambilan sijil dan juga sesi fotografi.
p/s : Semoga apa yang dapat kita pelajari dari kursus kepimpinan ini dapat kita amalkan.
Posted by : Atiqah Hamid

xde pic eh ??
ReplyDeleteadeh bosan !
kosong
btw , kem ni mmg best !
penuh pengajaran
mngajar erti kematangan sebenar
hua hua hua